Skip to main content
Home News Tutorial Blogger ×

Lirik Nasyid Devotees - Jejak Cinta


Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
Dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu di hadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap rahmat-Nya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilangkan pasti di genggaman

Jangan lupa memohonkan padanya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa di kurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan di dada
Dan usaha pasti akan berjaya, berjaya.
Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Buka Komentar
Tutup Komentar